ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Jun 2026.
1. UMNO-Pas: Jangan masuk 'lubang biawak' kali kedua, kata Puad
Pemimpin UMNO perlu lebih berhati-hati dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik baharu susulan keputusan Pas menamatkan kerjasama dengan Bersatu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
2. Zambry pertahan pendirian Onn Hafiz, gesa hentikan polemik kenyataan mengenai DAP
Barisan Nasional mempertahankan pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung kenyataannya yang tidak mahu bekerjasama dengan DAP, sambil menyifatkan kritikan berlebihan terhadap perkara itu sebagai tidak wajar.
3. Jaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak
Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa tiada sebarang unsur mistik atau gangguan luar biasa yang dialaminya sepanjang tempoh berada dalam hutan.
4. Azam Baki saman fitnah Albert Tei
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, terhadap ahli perniagaan, Albert Tei berhubung kenyataan yang diterbitkan di media sosial dan platform dalam talian.
5. Albert Tei dakwa akan dedah skandal rasuah Sabah jika disaman Azam Baki
Dia mendakwa akan mendedahkan skandal rasuah yang dikaitkan dengan ahli politik Sabah, sekiranya saman fitnah difailkan Azam Baki diteruskan.
6. Jaslinda akan perjelas spekulasi selepas berehat
Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, dibenarkan pulang padas Selasa.
7. BN sah bergerak solo dalam PRN Negeri Sembilan - Ahmad Zahid
Keputusan diambil berikutan tindakan PH yang mengumumkan untuk meletakkan calon di kesemua 36 kerusi DUN di negeri berkenaan.
8. PM Anwar pelawa syarikat terkemuka Jepun teroka teknologi baharu di Malaysia
Malaysia bersedia menerima lebih banyak pelaburan daripada syarikat terkemuka Jepun untuk meneroka industri bernilai tinggi, khususnya dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan teknologi digital.
9. Keselamatan jalan raya di Genting Highlands perlu dipertingkat - Tiong
Lebih banyak kemudahan pengurang kelajuan atau bonggol jalan perlu dipasang di laluan Genting Highlands bagi mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
10. Malaysia rasmi sertai Gabungan Global untuk Keadilan Sosial ILO
Malaysia memperkukuh komitmen terhadap keadilan sosial dan standard buruh antarabangsa menerusi penyertaan rasmi dalam Gabungan Global untuk Keadilan Sosial yang diterajui Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).