Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Ogos 2026.
 

  1. Kes tikam pelajar: Mahkamah perintah pelajar 15 tahun bela diri

    Sepanjang prosiding kes pendakwaan yang berlangsung selama enam hari bermula Isnin lalu, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.
     

  2. Dadah ditemui dalam lokap Balai Polis Lumut, konstabel bersama dua OKT ditahan

    Kesemua tangkapan direman selama tujuh hari mulai 12 hingga 18 Ogos ini.
     

  3. Anggota tentera terkena tembakan rakan di lapang sasar

    Kejadian tersebut mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian muka dan telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
     

  4. "Selepas Ahad kita bercakap..." - Anthony Loke elak sentuh status dalam Kerajaan

    Setiausaha Agung DAP enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Menteri Pengangkutan serta status parti itu menjelang Persidangan Kebangsaan DAP 2026 Ahad ini.
     

  5. Tiada keperluan umum kekosongan kerusi ADUN Selangor - Speaker

    Tiada keperluan untuk mengumumkan kekosongan mana-mana kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor, setakat ini.
     

  6. SPRM belum kesan unsur rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP

    SPRM setakat ini belum menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan rasuah atau penyelewengan dalam siasatan berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
     

  7. Kes dadah: Malaysia diberi akses siasatan juruterbang di Jakarta - Saifuddin Nasution

    Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lepas.

     
  8. RCI Tabung Haji: 'Walkout' tidak bertanggungjawab, Ahli Parlimen patut guna peluang teliti fakta - Zulkifli

    Tindakan blok pembangkang meninggalkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ketika sesi penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin lepas adalah tidak bertanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

     
  9. Kes tikam: Pelajar lelaki 15 tahun mohon maaf

    Remaja lelaki yang sedang dibicarakan atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu, memohon maaf di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini ketika prosiding pembelaan berlangsung pada Khamis.

     
  10. RCI Tabung Haji untuk pengajaran, bukan medan pergaduhan politik lama - Setiausaha Politik PM

    Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya membuka semula pergaduhan politik lama, sebaliknya perlu dijadikan pengajaran bagi mencari jalan terbaik memperbaiki institusi itu.
     

Must Watch Video

Advertisement