Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Ogos 2026.

  1. Saravanan mengaku tidak bersalah terima suapan RM1.097 juta berkait kelulusan kuota pekerja asing

    Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat atas tiga pertuduhan menerima suapan hampir  RM1.09 juta berkaitan kelulusan 1,000 kuota pekerja asing bagi sebuah syarikat, empat tahun lalu.

  2. Mansuh AUKU: KPT henti prosiding tatatertib mahasiswa berkait kebebasan bersuara

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan semua prosiding tatatertib berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di semua universiti awam dihentikan serta-merta.

  3. Tiga beranak ditemukan maut, lelaki dipercayai terjatuh dari kondominium

    Tiga beranak ditemukan maut dengan kesan kecederaan parah di leher dalam sebuah unit kondominium di Desa ParkCity, Persiaran Residen, Kepong, di sini, pada Khamis, selepas polis menerima laporan seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

  4. Bebas kes rogol adik, bekas penghuni Henry Gurney didakwa cuba ‘noda’ adik lain pula

    Kesalahan dilakukan hanya dalam tempoh beberapa jam selepas bekas ‘pelatih’ pusat pemulihan berusia 21 tahun itu pulang ke rumah keluarga mereka.

  5. Malaysia selaras hantar bantuan, SMART ke Nepal - PM Anwar

    MKN sedang berhubung rapat dengan kerajaan Nepal bagi menentukan bentuk bantuan bersesuaian, sama ada dalam bentuk kewangan atau penghantaran pasukan penyelamat.

  6. Hutang RM260,000, ‘love scam’ dipercayai motif tragedi empat sekeluarga maut di kondominium

    Perkara itu terbongkar selepas polis menemui sekeping nota yang dipercayai ditinggalkan lelaki berusia 48 tahun terbabit di atas meja kediaman mereka sebelum kejadian. 

  7. Kalau nak jatuhkan saya, hantar calon terbaik bertanding di Tapah – Saravanan

    Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mencabar pihak yang mahu menjatuhkan beliau dalam politik supaya menghantar calon terbaik untuk bertanding dengannya di Parlimen Tapah, bukannya menggunakan tuduhan sebagai cara untuk menjatuhkannya.
     
  8. El Nino: 37 daripada 49 empangan utama masih pada paras normal - SPAN

    Paras air di 37 daripada 49 empangan utama yang membekalkan sumber air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan masih berada pada tahap normal ketika negara berdepan fenomena El Nino.
     
  9. 'Pen kurus' Retatrutide belum diluluskan, orang ramai diingatkan jangan terperdaya - KKM

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan 'pen kurus' yang didakwa mengandungi Retatrutide atau Reta kerana tiada produk berasaskan ubat itu yang berdaftar untuk digunakan di Malaysia.
     
  10. 36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat, status masih dalam pengesahan

    Seramai 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet, China dilaporkan selamat daripada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China.



 

Must Watch Video

Advertisement