Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 September 2026.

1. RCI Tabung Haji: Jamil Khir didakwa sebabkan Lembaga TH lupus wang lebih RM860 juta kepada Al-Rawda

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji melupuskan wang RM860,308,770.51 atau SAR766,060,237 (Riyal Saudi) milik institusi itu kepada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd.

2. Ini peluang saya bersihkan nama - Jamil Khir

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menyifatkan prosiding mahkamah yang dihadapinya sebagai peluang untuk membersihkan namanya berhubung tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji. 

3. Kesilapan berulang pengurusan sumber manusia sektor awam perlu dihentikan - KPPA

Kesilapan berulang dalam pengurusan sumber manusia sektor awam perlu dihentikan dan ditangani secara menyeluruh, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

4. Jabatan Perikanan siasat dakwaan penemuan piranha perut merah di Empangan Klau

Jabatan Perikanan Pahang akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penemuan spesies ikan pemangsa invasif, piranha perut merah atau nama saintifiknya Pygocentrus nattereri di Empangan Klau, Raub.

5. "Mereka nampak saya, wajah saya," kata Rehman tentang detik tular dengan Anwar

“Saya gembira, sangat gembira. Orang ramai melihat saya. Sekurang-kurangnya mereka nampak saya, wajah saya. Wajah saya ditunjukkan di seluruh dunia,” kata M. Rehman yang bermain piano ketika mengiringi nyanyian lagu klasik Kishore Kumar, Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6. Kes tikam: Remaja 15 tahun bebas pertuduhan bunuh atas alasan tidak waras

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan berjaya membuktikan elemen ketidakwarasan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan ketika kejadian.

7. DKU tegaskan Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Pengumuman pada 5 September lalu yang bertujuan menurunkan Tuanku Muhriz tidak mempunyai sebarang kesan dari sudut Perlembagaan dan adat.

8. PM Anwar teroka kerjasama ekonomi digital, pelancongan bersama Ketua Menteri Keralam

Malaysia dan negeri Keralam di India bersedia memperluas jaringan kerjasama strategik dalam pelbagai sektor bernilai tinggi.

9. Desakan keras UMNO: PM Anwar pilih 'jalan susah', utamakan kestabilan kerajaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pandangan politik yang agak tegas disuarakan sebahagian pimpinan mahupun perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), namun beliau enggan mengambil jalan mudah yang boleh menggugat prinsip keadilan serta kestabilan negara.

10. Kes Jana Wibawa: Pegawai penyiasat nafi siasatan berat sebelah, beri "perlindungan imuniti" kepada Azman

Pegawai penyiasat kes Jana Wibawa membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan siasatannya berat sebelah selain menyangkal Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd Datuk Seri Azman Yusoff diberikan layanan istimewa termasuk “perlindungan imuniti”.
 

Must Watch Video

Advertisement