MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 Jun 2020.
Kementerian Kesihatan (KKM) pada Selasa memaklumkan sebanyak 1,712 kes atau 19.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini dikesan dalam kalangan pesakit berumur 18 tahun dan ke bawah.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan sebanyak tiga kes baharu harian direkodkan di negara ini, sekali gus menjadi antara bilangan kes harian terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa.
Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menghantar jemaah haji bagi musim 1441 Hijrah.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa membentangkan Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap akan meneruskan sesi prasekolah yang dijadual bermula 1 Julai ini meskipun terdapat gesaan penangguhan berhubung perkara itu.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu menyaksikan orang ramai beralih ke pembelian digital atau urus niaga secara dalam talian.
Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan hanya berkerjasama dengan Amanah dan DAP dan tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan (PH) Plus.
Walaupun digugurkan daripada Bersatu, calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, bersemangat apabila menerima sokongan Tun Dr Mahathir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami