ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 1 Julai 2020.

1) Urutan tradisional, berbekam dibenarkan: Antara tumpuan utama dinyatakan Ismail Sabri hari ini

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pada hari ini, 1 Julai 2020.

2) COVID-19: Kes tunggal hari ini babit warganegara 21 tahun pulang dari Turki

Satu-satunya kes positif COVID-19 yang direkodkan negara pada Rabu melibatkan seorang warganegara Malaysia berusia 21 tahun.

3) Tarik balik kelonggaran jika virus COVID-19 kembali - KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan seolah-olah kelonggaran yang diberikan kepada rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada rakyat pada ketika ini, mungkin ditarik balik sekiranya virus COVID-19 menular kembali.

4) COVID-19: KKM kenal pasti 1,400 rakyat Malaysia tidak lakukan saringan kedua

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan itu KKM sedang menjalankan proses pengesanan bagi membolehkan mereka menjalani ujian tersebut.

5) 21 kes pulih, tiada kematian 17 hari berturut-turut - Dr Noor Hisham

Sebanyak 21 kes pulih dan dibenarkan discaj dari wad dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari Rabu, 1 Julai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

6) Pembukaan penuh sekolah hanya babitkan PdP, tiada aktiviti kokurikulum

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin memaklumkan, pelaksanaan aktiviti tambahan atau kokurikulum termasuk sukan atau perhimpunan, tidak dibenarkan buat masa ini.

7) Hanya satu kes baharu, sifar penularan tempatan

Buat kali pertama sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malaysia merekodkan hanya satu kes positif COVID-19.

8) Kita hampir menang! Ini lima perkara penting disampaikan Dr Noor Hisham hari ini

Buat pertama kalinya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malaysia merekodkan hanya satu kes positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari Rabu, 1 Julai 2020.

9) Sekolah mula dibuka sepenuhnya berperingkat bermula 15 Julai

Semua sekolah di seluruh negara akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

10) Sekolah akan mula dibuka sepenuhnya, ini 13 perkara yang anda perlu tahu

Semua sekolah di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai, dengan mengaplikasikan tiga jenis model operasi.