ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 12 Julai 2020.

PERKEMBANGAN COVID-19

1) COVID-19: Kluster baharu dikesan di Kuching

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak dua kes positif COVID-19 dilaporkan dalam kluster tersebut.

2) Kes positif kembali dua angka, ini lima perkara penting kenyataan KKM

Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali kepada dua digit berikutan terdapat 14 lagi kes baharu positif yang dilaporkan pada Ahad.

MENJELANG SIDANG DEWAN RAKYAT ESOK

3) Lima perkara penting menjelang sidang Dewan Rakyat esok

Persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai ini merupakan persidangan yang ditunggu-tunggu selepas hampir beberapa bulan lamanya tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

4) Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27

Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tersenarai dalam giliran ke-27 Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020).

LAIN-LAIN

5) Agong zahir ucapan tahniah kepada Dr Masliza

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Masliza Mahmod atas pelantikan beliau sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom (UK)

6) Muhyiddin ucap tahniah atas kemenangan Lee Hsien Loong

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari negara jiran, Lee Hsien Loong atas kejayaannya memenangi pilihan raya umum Singapura yang berlangsung pada Jumaat.

7) "Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat" - Peringatan KPN kepada pegawai PDRM

Tiada lagi aktiviti ‘mewah’ dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibenarkan, termasuk mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana-mana tempat.

8) Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.

9) Kelantan catat peningkatan kes denggi

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, daerah Kota Bharu dan Bachok mencatatkan kes paling tinggi.

10) Masalah kesuburan lelaki meningkat - LPPKN

Masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di negara ini didapati semakin meningkat dan turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin.