ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 12 Oktober 2020.
1) COVID-19: 563 kes baharu dilaporkan hari ini, 52 peratus di Sabah
Sejumlah 563 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam dengan hampir 52 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah manakala 25 peratus lagi di Pulau Pinang.
2) Enam lagi kluster baharu dikenal pasti - Dr Noor Hisham
Enam lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Putrajaya serta Sabah.
PKPD di seluruh Lembah Klang
3) PKPB di Sabah, Lembah Klang antara tumpuan kenyataan DS Ismail Sabri hari ini
Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
4) PKPB seluruh Selangor, kerajaan negeri terkejut!
Kerajaan Negeri Selangor terkejut dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
5) COVID-19: PKPB di Lembah Klang ekoran kes berselerak
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.
6) Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya
Berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, ramai ingin mengetahui sejauh mana kelonggaran diberikan untuk penduduk berkenaan.
Anwar Ibrahim menghadap Agong
7) Anwar menghadap Agong: Tenang semua, tiada perhimpunan esok - Saifuddin
Semua ahli PKR diarah tidak mengadakan sebarang perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat esok, terutama di jalan utama menuju Istana Negara.
8) Anwar menghadap Agong: Ini mungkin situasi yang akan berlaku esok - Pakar Perlembagaan
Menjelang pertemuan berkenaan, peguam yang juga pakar undang-undang Perlembagaan, Lim Wei Jiet berkongsikan beberapa perkara yang mungkin berlaku esok.
Lain-lain
9) Enam kawasan di Shah Alam alami gangguan bekalan air malam ini
Penduduk di Seksyen 18, 19, 20, 24, 25 dan 26 Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan kejadian paip pecah malam ini.
10) PRK Batu Sapi: Warisan menang tanpa bertanding, petunjuk politik matang - Penganalisis
Pilihan Raya Kecil Parlimen P185 Batu Sapi perlu dijadikan sebagai langkah pertama parti-parti politik untuk bertindak matang, kata Penganalisis politik Mohammed Raheezal Shah Abdul Karim.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Oct 12 2020
Berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.