ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 29 November 2020.
1) Marah tak dapat rogol anak tiri, lelaki Nigeria campak cucu hingga maut di Wangsa Maju
Seorang lelaki warga Nigeria ditahan selepas disyaki mencampak cucu tirinya yang berusia empat tahun sehingga maut dari tingkat empat apartment Danau Villa, Setapak di sini awal pagi Ahad.
2) Campak cucu dari apartmen: Saksi dengar pertengkaran
Saksi kejadian kanak-kanak maut dipercayai dicampak dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Danau Kota di sini, mendakwa mendengar bunyi bising dan pertengkaran sebelum insiden tragis itu berlaku.
3) COVID-19: 1,309 kes baharu, 3 kematian, 1,333 pesakit sembuh
Daripada angka berkenaan, 1,308 merupakan penularan dalam negara manakala satu lagi merupakan kes import.
4) Mangsa korban COVID-19 di Sabah berusia 130 tahun? Ini penjelasan KKM
Timbul pelbagai persoalan mengenai kes kematian ke-352 di Sabah melibatkan seorang mangsa yang dikatakan berusia 130 tahun pada Sabtu.
5) Tangani isu penginapan sempit pekerja asing cegah COVID-19 - KP Kesihatan
Masalah penginapan pekerja warga asing yang sempit dan sesak perlu ditangani dengan segera bagi memastikan isu itu tidak menjadi punca penularan jangkitan COVID-19 dan lain-lain penyakit berjangkit, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
6) Lebih 50 peratus kesalahan ingkar PKPP semalam libat pengunjung pusat hiburan
Seramai 648 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu, dengan kumpulan terbesar melibatkan pengunjung pusat hiburan.
7) UMNO akan bangkitkan isu jawatan TPM selepas bahas Belanjawan 2021 selesai - Ismail Sabri
UMNO akan membangkitkan semula kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja perbahasan pembentangan Belanjawan 2021 selesai di Dewan Rakyat.
8) Mungkin sudah tiba masanya Muhyiddin, ahli Bersatu kembali sertai UMNO - Asyraf Wajdi
Mungkin sudah tiba masanya Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua ahli parti itu kembali bermuafakat dan bersatu di bawah pangkuan UMNO.
9) "Saya tidak berminat sertai mana-mana parti politik" - Tengku Zafrul
Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara ini dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.
10) Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu terutama di daerah Kemaman sejak enam hari lalu hampir pulih sepenuhnya.
Astro Awani
Sun Nov 29 2020

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Dua sepupu ditahan cuba seludup dadah ketika PKP
Tindakan lelaki menyeludup dadah melalui jalan tikus ketika PKP gagal selepas ditahan Polis Melaka.

UMNO | Beri peluang kepada Zahid sehingga tamat penggal
Terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar itu.

Kemusnahan Alam | Kerajaan Perak arah kerja di Tanjung Batu dihentikan
Kerajaan Negeri Perak arahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar melakukan siasatan menyeluruh mengenai kerosakan yang berlaku di Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Perak.

Politik | UMNO dilanda angin perubahan?
Kita bersama Prof Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik.

Jenayah | Tiga rakan didakwa membunuh di ladang Tanjung Rambutan
Tiga orang rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau di sebuah ladang di Tanjung Rambutan.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Heret kerajaan ke mahkamah, Anwar terus main politik, lupa agenda rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, niat merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.

MB Kedah disahkan negatif COVID-19
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID11-19.

Anwar akan cabar proklamasi darurat di mahkamah
Anwar dalam masa yang sama menyifatkan keputusan mengisytiharkan darurat seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.

Darurat bukan gantung terus sidang Parlimen
Darurat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidaklah terus menggantung sidang Parlimen atau menutup ruang untuk Ahli Parlimen bersuara.

Anwar dakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin berada di lembah kegilaan
Kerajaan Perikatan Nasional tidak mampu memberi keyakinan dan menjanjikan masa depan yang lebih baik, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DAP sedia kerjasama dengan Jawatankuasa Khas Bebas dengan syarat ketat - Guan Eng
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat dalam usaha mengekang peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.