ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 1 Januari 2021.

1) Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri 

Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya. 

2) Keputusan tamat projek HSR tepat, utamakan keperluan semasa - Penganalisis 

Tindakan kerajaan menamatkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sebagaimana diumumkan oleh kedua-dua kerajaan hari ini, dilihat sebagai langkah terbaik selepas dua negara terbabit mengambil kira penilaian dari pelbagai aspek. 

3) COVID-19: 2,068 kes baharu, tiga kematian direkodkan 

Malaysia kekal catat kes harian melebihi 2,000 berkaitan COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 2,068 kes direkodkan hari ini. 

4) Sah! PKPP dilanjutkan tiga bulan lagi sehingga 31 Mac 

Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP), yang dijadual tamat pada 31 Disember, dilanjutkan selama tiga bulan lagi. 

5) KPT lanjut tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN kepada tiga bulan lagi 

Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak. 

6) Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen - Kementerian Kewangan 

Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan. 

7) Lebih 10,000 guna bot laju Pulau Pinang pada hari pertama 

Bermula hari ini, perkhidmatan bot laju digunakan secara rasmi membawa penumpang menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi sejak 126 tahun di Pulau Pinang. 

8) Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.14 petang. 

9) Helikopter terhempas di Klang, dua cedera 

Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada Jumaat. 

10) Ayda Jebat, Nabil Mahir selamat diijab kabul 

Pasangan selebriti, Nabil Mahir, 33, dan Ayda Jebat, 29, selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini.