ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 11 Januari 2021.
1) COVID-19: PKP di enam negeri zon merah - Perdana Menteri
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari.
2) PKP 2.0: Pergerakan rentas negeri seluruh negara dilarang - PM Muhyiddin
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa Rabu ini, pergerakan rentas negeri di seluruh negara adalah tidak dibenarkan sama sekali, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
3) PKP 2.0: Lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi - PM Muhyiddin
Kerajaan mengenal pasti lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula Rabu ini.
4) Malaysia jadi negara pertama di luar China lakukan kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 - PM
Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 akan dijalankan bermula 21 Januari ini di sembilan buah hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal masing-masing.
5) PKPD tamat di beberapa lokasi di Perak, Kelantan, Sabah
Kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah dan kawasan di Perak, Kelantan dan Sabah.
6) Malaysia terima vaksin Pfizer pada hujung Februari - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membangunkan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat berjalan lancar apabila bekalan diperolehi.
7) PM akui institusi kesihatan negara tidak mampu tampung kes harian meningkat
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui institusi kesihatan negara sudah tidak mampu menampung peningkatan kes harian yang mencecah lebih 2,000.
Beliau berkata, 15 buah hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 yang bukan terdiri daripada unit rawatan rapi (ICU) melebihi 70 peratus.
8) PKP 2.0: SOP lebih terperinci akan diumumkan esok - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kerja Raya juga akan mengumumkan SOP yang berkaitan mengikut kementerian masing-masing.
9) Kawasan PKPB, PKPP: Sesi persekolahan dibuka mengikut takwim - KPM
Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan semua kategori Institusi Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa akan beroperasi mengikut takwin institusi masing-masing di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
10) PKP 2.0: Pelajar, calon peperiksaan utama dibenar hadir ke sekolah - PM
Pelajar dan calon peperiksaan utama dibenarkan untuk hadir ke sekolah, biarpun mereka berada dalam negeri yang dikategorikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung hari ini, beliau berkata, peperiksaan utama itu termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2020/21.
Astro Awani
Mon Jan 11 2021

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
Dakwaan kononnya Hamzah Zainuddin dirawat di ICU tidak benar, tegas pejabat Menteri Dalam Negeri.

Tabung COVID-19 | MB Selangor sumbang gaji sebulan
Selangor mengaktifkan semula tabung bantuan menangani bencana COVID-19 bagi membantu usaha menangani wabak tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan dan tanda sokongan, beliau sendiri menyumbang gaji sebulan kepada tabung berkenaan.

PKP | Kerugian Kerajaan dijangka lebih RM600 juta sehari
Kerajaan dijangka mengalami kerugian melebihi RM600 juta sehari sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan melebihi enam minggu. Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ia selepas Kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak selain dijangka berlakunya pelanjutan ke atas perintah tersebut.

Industri Binaan | Kenaikan harga besi bebankan pemaju, kontraktor
Kenaikan harga bahan asas dalam industri binaan terutamanya harga besi menambah tekanan kepada kontraktor yang sebelum ini terjejas teruk akibat COVID-19.

Sabotaj Vaksin | Pekerja farmasi dihadapkan ke mahkamah
Seorang pekerja farmasi di Wisconsin, Amerika Syarikat dihadapkan ke mahkamah selepas cuba merosakkan bekalan vaksin COVID-19 yang disimpan di sebuah pusat kesihatan di situ. Steven Brandenburg, didakwa sengaja berbuat demikian kerana mempercayai teori konspirasi yang mendakwa vaksin COVID-19 berupaya merencatkan dna manusia.

Darurat | Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Teguran itu datang dari Setiausaha Bahagian UMNO Batu, Gulam Muszaffar yang menyifatkan Ahmad Maslan cuba untuk mempolemikkan isu darurat.

Takziah | Dr Ali meninggal bukan kerana terlampau penat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan adalah disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

Serangan Capitol | Tiga suspek pertama didakwa
Tiga individu didakwa susulan serangan terhadap bangunan Capitol di Washington DC pada 6 Januari lalu. Mereka merupakan pendakwaan pertama dalam kalangan 125 orang yang ditahan polis susulan insiden tersebut.

PERMAI: Sabah mahu dapat keutamaan dalam semua inisiatif - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memastikan negeri itu mendapat keutamaan dalam semua inisiatif dan pakej PERMAI untuk mengurangkan impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kerajaan Thailand ancam hukuman berat pada penyebar maklumat palsu
Amaran Prayuth adalah reaksi kepada kritikan yang menyatakan pentadbirannya tidak banyak bertindak untuk mendapatkan jumlah vaksin yang mencukupi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Jumlah kes baharu harian COVID-19 merupakan antara berita pilihan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Daripada pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.