MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Daripada pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
DARIPADA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 13 Januari 2021.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jangkaan untuk melandaikan kes COVID-19 pada bulan Mei depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, setakat ini masih terlalu awal untuk meletakkan unjuran COVID-19 dan jangkaan itu juga bergantung kepada tahap kepatuhan masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malaysia mencatatkan 2,985 jangkitan baharu pandemik COVID-19 bagi tempoh 24 jam dan menjadikan angka kumulatif COVID-19 kini sebanyak 144,518 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan daripada luar negara.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Respati' yang dipercayai memuat naik kenyataan berbaur penghinaan dan ugutan di laman media sosial itu semalam (Selasa, 12 Januari).
Pemilik restoran di Pulau Pinang yang mencetuskan kontroversi apabila memasang hiasan dinding memaparkan wajah pemimpin komunis tampil memberi keterangan kepada polis berhubung perkara itu hari ini.
Menurut peguam, Dev Kumaraendran, pasangan itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di George Town pada Rabu selepas selesai menjalani tempoh kuarantin dan disahkan negatif COVID-19.
Ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, meninggal dunia petang Rabu.
Allahyarham disahkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petra Jaya, di sini.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menaikkan denda RM100 kepada RM1,000 terhadap seorang remaja lelaki kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk menghantar pulang mayat teman wanitanya selepas terlibat kemalangan jalan raya tahun lepas.
Angin kencang serta struktur binaan kayu, telah menyebabkan kira-kira 80 peratus sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali, semalam dan awal pagi.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menjalankan siasatan menyeluruh ke atas ciapan “tidak senonoh” yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Setiap pagi, Kampong Bharu yang terletak di tengah ibu kota pasti menjadi tumpuan ramai orang dari sekitar Kuala Lumpur yang memilih untuk bersarapan di sana.
Nasi lemak, nasi kerabu, kuih-muih, semuanya ada di sana namun segalanya berubah tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula hari ini.
Hari ini, empat tahun lalu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melangkah masuk ke Wisma Bapa Malaysia, berbaju kemeja putih dan berkot hitam, bagi menggalas tanggungjawab besar sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami