MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tentang diet yang diamalkan Tun Dr Mahathir Mohammad merupakan antara yang menjadi pilihan pada 17 Januari.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI. Berikut merupakan antara berita yang menjadi tumpuan sepanjang hari Ahad, 17 januari 2021.
Sejumlah 3,339 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, 3,324 kes merupakan penularan tempatan manakala kes import pula sebanyak 15.
Penularan virus COVID-19 semasa majlis hari keluarga.
Itu fakta yang tidak boleh dinafikan berkait Kluster Taman Ikan Jinak yang kini menjangkiti 21 individu.
Tun Dr Mahathir dikenali ramai sebagai seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya.
Seperti yang sering dikongsi beliau sebelum ini, cara menjaga kesihatan adalah dengan mengawal pemakanannya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Melihat kemusnahan dan penderitaan mangsa banjir dengan mata sendiri nyata cukup menyentap naluri pelakon, Datuk Fizz Fairuz.
Menggantung Perlembagaan secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan negara daripada pandemik COVID-19, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Mohamad berpendapat mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.
Kejadian rogol remaja bawah umur di lokap tahanan Balai Polis Miri pada 9 Januari lalu disifatkan satu tindakan yang mengejutkan.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah turut terkejut kejadian itu boleh berlaku di balai polis.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah.
Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
Seramai 66 individu yang cuba merentas negeri dan daerah dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).
Pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik - Digital di Anugerah Televisyen Asia ke 25, Bront Palarae, menyifatkan survival sebagai fokus utama dirinya ketika ini.
Biarpun baru sahaja memenangi anugerah berprestij itu, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya, terutama ketika negara dan seluruh dunia masih bertarung melawan pandemik COVID-19.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin digambarkan seolah-olah tidak mampu memberi sebarang keyakinan, apatah lagi menjanjikan masa depan yang lebih baik, ketika negara masih bergelut mengekang pandemik COVID-19.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pengumuman demi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan seperti tidak ada perancangan awal selain sering tidak jelas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami