ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 31 Januari 2021.
1) Anonymous Malaysia dakwa beberapa laman web kerajaan sudah digodam
Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa kumpulan yang digelar Cyberpunk Team sudah menggodam beberapa laman web milik kerajaan.
Menerusi akaun Facebook kumpulan berkenaan, ia mendakwa, laman web yang terlibat ialah laman milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.
2) Muhyiddin junjung kasih Al-Sultan Abdullah sempena ulang tahun kedua sebagai Agong
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah dan menjunjung kasih sempena ulang tahun kedua Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.
3) Program 5MY bantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan - PM
Penduduk dari kumpulan B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima 5,750 kampit beras secara percuma setiap minggu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sumbangan beras itu disampaikan melalui Program MyBeras@Wilayah yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.
4) Kanak-kanak lemas dalam tong: Bedah siasat temui pelbagai kesan kecederaan
Proses bedah siasat kanak-kanak yang dipercayai lemas dalam tong dan didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini pada Jumaat, menemui pelbagai kesan kecederaan.
5) KKM nafi keluar surat kebenaran pengedaran vaksin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk 'Mestron edar vaksin COVID-19 dari China' bertarikh 29 Jan lepas.
KKM turut menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan atau surat kebenaran kepada swasta atau pihak lain untuk membeli atau mengedar vaksin COVID-19 di Malaysia.
6) Lewat lapor punca lonjakan mendadak COVID-19, termasuk kes dari 2020!
Peningkatan kes harian COVID-19 sehingga melebihi 5,000 untuk tiga hari berturut-turut adalah disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes kepada Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk yang telah dikesan positif pada 2020.
7) COVID-19: Tiga hari berturut-turut melebihi 5,000 kes
Malaysia mencatatkan 5,298 kes positif baharu COVID-19 baru setakat 12 tengah hari Ahad dan ini merupakan hari ketiga kes melebihi 5,000 dicatatkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dengan jumlah tersebut, ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu positif COVID-19 adalah sebanyak 214,959 kes dengan Selangor dan Johor mencatatakan kes tertinggi melebihi 1,000 kes.
8) 'Seperti mati hidup semula' - Bekas pesakit COVID-19
Seperti mati hidup semula. Situasi itu yang ditempuhi bekas pesakit COVID-19 di Sarawak yang pulih selepas bertarung nyawa puluhan hari di bilik rawatan dengan hanya bertemankan mesin pernafasan.
9) Tapir jantan hampir setengah tan mati dirempuh kenderaan
Seekor tapir jantan seberat 450 kilogram (kg) mati akibat kecederaan parah selepas dirempuh kenderaan di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Felda Chiku 1, Gua Musang, pada Ahad.
10) KPT benar 6 kategori pelajar pulang ke kampus mulai 1 Mac
Enam kategori pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan kembali ke kampus untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara fizikal dan dalam talian bermula 1 Mac.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, kumpulan itu adalah adalah pelajar program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah yang memerlukan aktiviti praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
Nickyson Nyambar
Sun Jan 31 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.