ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Mac 2021.

1. 'Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja' - Xavier

Itu kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berhubung keputusannya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.

2. Pengemis hanya disiasat, tidak dikompaun RM10,000 - Polis

Tiada kompaun RM10,000 dikenakan terhadap sembilan pengemis wanita Palauh sebaliknya hanya siasatan dilakukan, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad.

3. Kecoh Konvensyen DAP Perak: Mana ada 'pengundi hantu' - Anthony Loke

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menganggap dakwaan wujud 'pengundi hantu' pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa DAP Perak pada Ahad sebagai tidak berasas.

4. Pengurus hartanah syarikat minyak, isteri didakwa terima rasuah, ubah wang haram RM1.17 juta

Seorang pengurus hartanah sebuah syarikat minyak dan gas bersama isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas 18 pertuduhan menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.17 juta antara 2018 hingga 2019.

5. 83,070 dos vaksin Pfizer BioNTech diterima hari ini - Khairy

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, proses penghantaran vaksin Pfizer BioNTech dibuat bermula hari ini iaitu sebanyak 83,070 dos manakala 124,020 dos akan diterima pada 22 Mac dan 125,190 dos lagi (29 Mac).

6. Anwar Ibrahim sahkan wujud rundingan PKR dengan UMNO

Desas-desus bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan menjalin kerjasama dengan ‘seterunya’ UMNO semakin kuat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.

7. COVID-19: 1,208 kes baharu, 1,973 sembuh dan 3 kematian

Malaysia merekodkan sebanyak 1,208 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 324,971 kes.

8. PKPD dilaksanakan di Kampung Bintawa, Kuching mulai tengah malam ini

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Isnin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bintawa Kuching, berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam 16 Mac hingga 30 Mac 2021.

9.  Kerajaan fail rayuan keputusan kes kalimah 'Allah'

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

10. Rundingan PKR dengan UMNO? Saya tidak tahu - Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tidak tahu-menahu wujudnya perbincangan antara parti itu bersama PKR bagi membentuk jalinan kerjasama baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.