ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mac 2021.

1. Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan

Tinjauan Astro AWANI mendapati, seawal jam 8.15 pagi, kakitangan diplomatik sudah mula memasuki bangunan yang terletak Jalan Batai itu.

2. Nahas pacuan empat roda bertembung lori simen di Sandakan, satu maut

Seorang maut manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Labuk dekat Batu 16, Sandakan, pada awal pagi Sabtu.

3. Ghazali 'MacGyver' pakar cipta mesin, paramotor

Minat terhadap inovasi menyebabkan seorang warga emas dari Kepala Batas, Pulau Pinang ini tidak duduk diam apabila mencipta pelbagai mesin termasuk paramotor bagi sukan ekstrem.

4. Tindakan disiplin dikenakan jika ada pemimpin UMNO kerjasama dengan PKR, DAP

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti itu.

5. Anwar dakwa dipelawa bertanding di 15 kawasan Parlimen termasuk Pagoh

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat pelawaan daripada 15 kawasan Parlimen yang mahu beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

6. COVID-19: Kes dijangka turun kepada satu angka dalam enam minggu - Pakar

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, jangkaan tersebut berdasarkan penurunan kes 300 hingga 400 kes aktif setiap hari.

7. Pencemaran terkini Sungai Kim Kim berpunca daripada loji kumbahan terbiar

Pencemaran Sungai Kim Kim yang airnya bertukar warna kepada hitam serta mengeluarkan bau busuk dalam kejadian baru-baru ini berpunca daripada sebuah loji loji kumbahan terbiar yang terletak di Taman Cendana, Pasir Gudang.

8. 'Saya tidak bimbang dipecat, hanya mahu UMNO selamat' - Annuar Musa

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak bimbang jika dipecat daripada UMNO kerana kelantangannya menegur parti itu.

9. Hanya enam ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri

Enam individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat dan ia merupakan angka paling rendah setakat ini.

10. UMNO Perlis tidak bercadang putus hubungan dengan pimpinan Pusat - Shahidan

UMNO Perlis tidak pernah bercadang untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan parti berkenaan di peringkat Pusat, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.