MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 April 2021.
Sebanyak 2,690 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 392,942 kes.
PKPD lima lokaliti di Hulu Besut dilanjut, PKPD Kg Inamam Dambai bermula esok - Ismail Sabri
2. Lima lokaliti di Mukim Hulu Besut, Terengganu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan bermula 28 April sehingga 4 Mei depan.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan seluruh rakyat republik itu susulan tragedi yang menimpa Kapal Selam KRI Nanggala-402.
Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar tindakan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung gerakan mendapatkan tandatangan ahli-ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibuktikan dengan fakta, demikian tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
UMNO dilaporkan akan menangguhkan pemilihan partinya, yang sepatutnya berlangsung Jun ini, dengan mengambil kira faktor penularan COVID-19 sebagai faktor utama.
Pelajar berusia 17 tahun yang mendedahkan mengenai lawak rogol seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kuala Selangor, Jumaat lalu, dikatakan turut menerima ugutan rogol dari rakan sekelasnya.
Bersahur, berbuka puasa, malahan menyambut lebaran berseorangan selama beberapa tahun sudah menjadi kebiasaan buat seorang bapa di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tanggapan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan terbubar secara automatik pada 6 Jun depan adalah tidak tepat.
Lebih 100 individu yang disahkan positif COVID-19 di Bintulu tidak dapat dihubungi pihak berkuasa kerana memberi maklumat palsu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami