ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021. 1. Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.
2. Pengarah antara lima ditahan terlibat penerbitan video iklan judi raya Lima lagi individu termasuk pengarah, komposer dan penyanyi yang terlibat dalam pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan polis malam tadi. 3. COVID-19: Semua sekolah di zon merah Sarawak ditutup dua minggu Semua sekolah yang terletak di zon merah COVID-19 di Sarawak ditutup dua minggu bermula esok. 4. Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya Kawalan penuh Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas urusan perniagaan SRC International Sdn Bhd jelas menunjukkan Lembaga Pengarah syarikat itu hanyalah ‘boneka’ yang menari mengikut rentak tuannya, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini. 5. Tolak isteri jatuh kondominium, tukang masak dituduh membunuh Lelaki yang didakwa menolak isterinya dari sebuah Kondominium, di Ayer Itam, George Town minggu lalu di hadapkan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang atas tuduhan membunuh. 6. Darurat selepas PKP 2.0, ibarat jatuh ditimpa tangga - Prof Jomo Tindakan kerajaan mengisytiharkan darurat selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini ibarat jatuh ditimpa tangga, kata Penasihat Penyelidik Institusi Penyelidikan Khazanah, Profesor Emeritus Jomo Kwame Sundaram. 7. COVID-19: 2,078 kes baharu, kes aktif lebih 20,000 Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes. 8. Rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan dari Isnin hingga Khamis - Polis Polis Diraja Malaysia malam ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. 9. Dakwaan KKM manipulasi statistik COVID-19 tidak berasas - Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasi jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini adalah tidak berasas. 10. Malaysia jangan bodoh sombong, ikut Barat kekang COVID-19 - Jomo Malaysia diingatkan agar tidak bodoh sombong dengan hanya mengikut langkah negara Barat dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.