MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Wanita dakwa anak dipukul guru kerana tidak siap kerja sekolah
2. Seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 9 tahun dipukul oleh seorang guru dengan menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada Khamis.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia, kembali mencatatkan peningkatan. Nilai Rt Kebangsaan meningkat kepada 1.16 pada Khamis, berbanding 1.15 hari sebelumnya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan "pemeriksaan datang bulan" terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.
hli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beliau bersetuju sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Vaksin COVID-19 Sinovac kini dibenarkan dikilangkan secara ‘fill and finish’ di Malaysia, pertama kali dilaksanakan dalam negara.
Sebanyak 2,847 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Aidilfitri bakal diumumkan minggu depan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap 22 lelaki dipercayai ketua serta anggota dua kumpulan kongsi gelap yang bergiat aktif di sekitar Puchong, Kapar, Serdang dan Klang dalam operasi khas Op Cantas Sinecura.
Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat diberitahu bahawa adalah tidak tepat untuk pendakwaan mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan langsung ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membolehkan beliau menggunakan kuasanya yang didakwa menyebabkan wang dana negara itu mengalir ke dalam akaun bank peribadinya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami