MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mei 2021.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong yang meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita pada kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 di Jepun.
PKP 2.0 dianggap gagal, doktor juga keliru dengan SOP, kata Pakar Kesihatan Awam
2. Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam menganggap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sebagai gagal.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz, 36, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, kira-kira 6 pagi tadi.
Kertas siasatan terhadap selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan merentas negeri membeli karpet di Nilai 3, kini di peringkat akhir.
Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan Selangor disifatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti tidak bersandarkan kepada kajian sains dan data yang tepat.
India mencatat rekod global baharu pada Khamis selepas melaporkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 412,262 dalam tempoh sehari.
Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis.
Hanya 10 peratus rakyat di negara ini menolak untuk menerima vaksin COVID-19 sementara dua peratus lagi memilih untuk menunggu bukti keberkesanannya.
Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia termasuk petugas (home based staff) pelbagai agensi serta tanggungan mereka yang berada di wilayah utara dan barat India.
Kerajaan bersedia dan yakin pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami