MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mei 2021.
Polis menafikan penularan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.
Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia
2. Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 di Malaysia mencatat peningkatan dua hari berturut-turut.
Seorang penganggur yang didakwa membunuh bekas abang iparnya dalam kejadian pada hari pertama Syawal, di Kampung Berangan Enam, Jasin, Melaka, direman tujuh hari bermula hari ini.
Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, meninggal dunia pagi ini.
Gabungan kerjasama NGO itu mensasarkan dana untuk menyalurkan bantuan kecemasan, bantuan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
Seramai 20 individu ditahan polis sehubungan dakwaan terlibat dalam insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat kelmarin.
Sebanyak 4,113 kes COVID-19 direkodkan pada Khamis yang menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 462,190 kes. Untuk rekod hari ini, Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi.
Malaysia akan terus bersama Palestin. Itu mesej jelas Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tersentuh hati melihat kemusnahan yang berlaku di Gaza.
Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tempoh kuarantin wajib bagi penumpang yang tiba dari India melalui misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) serta penerbangan repatriasi dari negara itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami