ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Mei 2021.
1. Penggunaan katil ICU COVID-19 cecah 125 peratus di Lembah Klang
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar keseluruhan penggunaan katil ICU pesakit COVID-19 di seluruh negara pula mencecah 74 peratus.
2. Mufti Perak, isteri positif COVID-19
Tan Sri Harussani Zakaria dan isteri disahkan positif COVID-19 sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini sedang menerima rawatan di HRPB Ipoh.
3. PKPD: Laluan masuk, keluar Plaza Tol Alor Setar selatan ditutup sementara
Laluan masuk dan keluar di Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup sementara bermula hari ini sehingga 1 Jun depan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Kota Setar.
4. Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak
Petronas mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali 'wildcat' Kulintang-1, Blok SK438, yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.
5. Bertengkar dengan isteri, bapa beri anak minum kopi campur racun rumput
Seorang bapa sanggup memberikan anaknya minuman bercampur racun rumput selepas berang terhadap isteri yang mahu pulang ke kampung dalam kejadian di Kampung Bundu, Kuala Penyu.
6. Sumbangan 2 juta dos vaksin: Pulau Pinang kena 'scam' - Khairy
Tawaran sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan, menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
7. 'Amat teruk... Kes COVID-19 di ICU meningkat 94 peratus di Lembah Klang' - KP Kesihatan
Jumlah kemasukan kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk kes yang disyaki atau kemungkinan dijangkiti di Lembah Klang telah meningkat sebanyak 94 peratus berbanding dua minggu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
8. 6,075 kes COVID-19 dalam negara, tertinggi sejak pandemik bermula
Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 hari ini, tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara setakat ini ialah 485,496 kes.
9. 'Lockdown' Selangor? Laporan berkait Dr Dzulkefly separa tepat, nyawa lebih utama - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari hari ini tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan berkenaan laporan kononnya Selangor enggan melaksanakan 'lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat.
10. Neelofa, PU Riz didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok
Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, esok atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika merentas negeri sebelum ini.
Astro Awani
Wed May 19 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Mei 2021.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.