Jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, percaya anak buahnya akan turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa gangguan psikologi walaupun bumi negara teluk itu pernah menjadi saksi kepada detik hitam bola sepak negara. 4. MITI bukan penentu tunggal untuk kebenaran operasi syarikat atau sektor - Azmin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bukan penentu tunggal dalam memutuskan sesuatu sektor perniagaan dianggap penting atau sebaliknya, tegas Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali. 5. Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan. 6. Kakitangan pusat jagaan anak yatim didakwa 100 pertuduhan lakukan amang seksual Seorang kakitangan pusat jagaan anak yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas 100 pertuduhan membabitkan 34 kes melakukan amang seksual. 7. Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis Lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi. 8. COVID-19: Malaysia catat 8,209 jangkitan baharu, 103 kematian - Dr Noor Hisham Jumlah kes baharu harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 8,209 jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding semalam 7,703. 9. Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir