MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Jun 2021.
Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini.
DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker
2. Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Malaysia kini berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes kematian akibat pandemik itu terutama selepas 1 April tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kurikulum pendidikan akan disusun berdasarkan konsep penjajaran iaitu penekanan kandungan asas, tambahan, dan pelengkap, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
Penduduk di Wilayah Persekutuan boleh mendapatkan vaksin secara 'walk in' dengan keutamaan diberikan kepada mereka dalam kategori rentan dan terjejas. Ia digerakkan melalui inisiatif Trak Vaksin Bergerak atau 'Mobile Vaccine Truck'.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan menyertai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-CHINA di Chongqing, China esok selepas beliau disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf berkata, golongan itu akan terus mempertahan akan pendirian mereka walau 'disumbat' dengan pelbagai penjelasan oleh pihak berkuasa.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ditangguhkan kepada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini masih kekal empat digit dengan 6,241 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari, Ahad. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini berjumlah 616,815.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan daripada enam kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja semasa sekatan jalan raya (SJR) yang akan bermula Selasa ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami