ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Jun 2021.

1. Vaksin COVID-19: Jumlah suntikan seluruh negara kini lebih 4.22 juta

Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara adalah sebanyak 124,618 pada Jumaat menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 4.22 juta.

2. COVID-19: Kematian dibawa hospital (BID) membimbangkan, apa patut dilakukan?

Kematian akibat COVID-19 yang dibawa ke hospital atau brought in death (BID) berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 132 kes dilaporkan pada Mei lalu.

3. Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik - Ebit Lew

Selepas lebih dua minggu tanpa khabar berita, status ringkas dimuat naik pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew hari ini, melegakan ramai pihak.

4. COVID-19: Ujian saringan besar-besaran, 3,342 individu mungkin positif - MB Selangor

Seramai 3,342 atau 3.43 peratus individu di Selangor berkemungkinan positif COVID-19 hasil ujian saringan besar-besaran yang dijalankan di negeri itu sejak 8 Mei.

5. Jangan takut untuk divaksin, wahai ibu hamil!

Platform sudah tersedia, pilihan sudah diwujudkan, adakah ibu hamil masih ragu-ragu atau takut-takut untuk mengambil vaksin? Baca pengalaman peribadi penulis.

6. Sentuh sensitiviti agama: Pelanggan dan lima penghantar makanan direman

Lima penghantar makanan dan seorang pelanggan yang kelihatan dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way semalam dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini pada Sabtu.

7. Kerajaan bakal tampung subsidi minyak, minyak masak sehingga RM8 bilion tahun ini - Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.32 bilion bagi subsidi minyak dan minyak masak pada 2019 dan RM2.16 bilion pada 2020.

8. COVID-19: 8,334 kes sembuh, angka harian tertinggi setakat ini

Kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 yang direkodkan sebanyak 8,334 hari ini adalah yang tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 572,113 atau 87.7 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

9. Majlis Pemulihan Negara bukan untuk ganti kerajaan sedia ada - Tun Mahathir

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Majlis itu mempunyai tugas-tugas khusus, iaitu mengurangkan kes baharu sehingga terbentuknya imuniti kelompok di negara ini, serta menyelesaikan isu berkaitan seperti ekonomi, pendidikan, serta politik.

10. Akur keputusan Arab Saudi, Malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini

Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi tahun ini dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.