ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Jun 2021.

1. Ini penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat - Noh Omar

Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkaitan tempoh darurat.

2. Pergaduhan Sungai Way: Polis tidak pernah minta bayaran ikat jamin OKT

Kenyataan di media sosial berhubung kutipan wang Tabung Kilat untuk menjamin penghantar makanan yang ditahan akibat pergaduhan di Sungai Way adalah palsu.

3. Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat: Saifuddin gesa Takiyuddin beri penjelasan segera

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan peranannya dalam Ahli Jawatankausa Khas Bebas Darurat 2021 sekiranya keputusan darurat dilanjutkan atau tidak berdasarkan nasihat jemaah menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

4. Anggap orang susah itu adik-beradik kita - Uncle Kentang kongsi prinsip perjuangan

Tiada istilah penat dalam kamus hidup beliau. Yang penting bagi 'Uncle Kentang' adalah, mengeringkan tangisan dan air mata mereka yang dalam kesusahan.

5. COVID-19: 5,304 jangkitan baharu, 8,163 sembuh dan 64 kematian

Sebanyak 5,304 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berkenaan dalam negara 657,508.

6. COVID-19: 15 kluster baharu, sebahagian besar babit tempat kerja

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 15 kluster baharu COVID-19 dengan sebahagian besar melibatkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

7. Lori sarat dengan pekerja asing bergelang 'pink' ditahan polis

Polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani pada Ahad, selepas video dan gambar insiden berkenaan tular di media sosial.

8. Bayi tertukar di hospital swasta, ibu mahu ambil tindakan undang-undang

Kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak hospital, dua pasangan yang bayi mereka dikatakan tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

9. Damok juara Moto3 FIM CEV Sepanyol

Wakil negara, Syarifuddin Azman berjaya menempah nama di Barcelona, Sepanyol apabila muncul juara dalam perlumbaan pertama Moto3 Junior World Championship FIM CEV Repsol.

10. Total lockdown: Kerajaan kaji semula SOP jika kes harian COVID-19 bawah 4,000 - Ismail Sabri

Semua prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dikaji semula selepas angka jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada 4,000 sehari.