awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2021
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Jun 2021.
1. 715 warga asing hidup daif di rumah kongsi, 309 PATI ditahan
Operasi yang bermula kira-kira jam 12 malam tadi berjaya menahan 309 pendatang asing tanpa izin (PATI).
2. KPWKM agih bakul makanan kepada penduduk PPR Desa Rejang
KPWKM mengagihkan 3,000 bakul makanan kepada penduduk PPR Desa Rejang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu.
3. UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
UMNO berpendirian tegas mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.
4. Pengasuh taska didakwa dera kanak-kanak
Nur Fatin Nabila Azmi, 23, didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada kanak-kanak berumur setahun lapan bulan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
5. KPT lanjut tempoh permohonan, kemas kini UPUOnline sehingga 2 Julai
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline sehingga jam 5 petang, 2 Julai depan.
6. Kerajaan pertimbang guna vaksin CanSino kepada pelarian - Khairy
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, keputusan itu dibuat bagi mempercepatkan negara mencapai imuniti kelompok di negara ini.
7. Malaysia dalam proses bangunkan vaksin COVID-19 - Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan, Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang membangunkan vaksin COVID-19.
8. COVID-19: Negara catat 4,611 kes baharu, lepasi angka 700 ribu untuk kes kumulatif
Sebanyak 4,611 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan 1,346 kes.
9. PKPD di lapan lokaliti di Melaka, Perak, Sarawak dan Sabah
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, PKPD di lokaliti terbabit bermula 23 Jun hingga 6 Julai ini.
10. COVID-19: Kes sporadik di Selangor, Kuala Lumpur tinggi dan membimbangkan - Dr Noor Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi iaitu 69 peratus atau 398,846 kes sehingga Minggu Epidemiologi ke-54
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita utama
#Astro Awani
#vaksin
#PICK
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan