ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Jun 2021.

1. PKP: Tertekan tiada kerja, suami kurung isteri, anak-anak dalam rumah

Lelaki berkenaan bertindak mengunci pagar, gril dan pintu belakang rumahnya dari dalam disebabkan tertekan tiada pekerjaan akibat PKP.

2. Pakatan Harapan tuntut penjelasan Menteri Kesihatan beli 500 ambulans tekanan negatif

Tindakan kerajaan membelanjakan RM300 juta membli 500 buah ambulans tekanan negatif dipersoalkan oleh Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (PH).

3. Vaksin pelajar, KPM perlu lihat aspek bekalan - Radzi Jidin

Datuk Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga perlu menyelaras dan mengambil kira isu bekalan vaksin, apatah lagi ia di bawah kendalian Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

4. COVID-19: 4,743 jangkitan baharu direkodkan, Selangor kekal kes harian tertinggi

Jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dalam negara direkodkan sebanyak 4,743 kes. Pertambahan angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini kepada 705,762.

5. Tambang percuma naik bot laju Pulau Pinang mulai 1 Julai - 31 Disember

Warga Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bot penumpang laju di Pulau Pinang boleh menikmatinya secara percuma bermula 1 Julai sehingga 31 Dis tahun ini.

6. Lelaki beri bayi minuman keras ditahan polis

Polis Pulau Pinang telah menahan seorang lelaki yang bertindak memberi minuman keras kepada bayi berusia lima bulan selepas rakaman video tersebut tular di media sosial hari ini.

7. COVID-19: 77 kematian baharu dicatat - Dr Noor Hisham

Sebanyak 77 kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,554 orang.

8. 145,580 guru telah divaksinasi, KPM bincang kaedah vaksinasi murid - Radzi Jidin

Seramai 145,580 guru seluruh negara telah menerima vaksin dos pertama, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin

9. Powerlifting: Bonnie pecah rekod dunia di Dubai

Atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin menampilkan prestasi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

10. Tawaran kemasukan ke IPTA, ILKA akan diketahui hujung Julai

Keputusan tawaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 dijangka diperoleh hujung Julai ini.