ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Julai 2021.
1. COVID-19: Perlis benarkan solat Aidiladha di tanah lapang
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia selaras dengan sunah selain dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.
2. Pelanggaran kapal: KASA analisis pergerakan tumpahan minyak
Kapal terbabit dikenal pasti sebagai kapal kargo MV Zephyr Lumos dan kapal tangki MV Galapagos, masing-masing di kedudukan 14.1 Barat Daya, Kuala Sungai Muar.
3. Aidiladha: MAIK beri kebenaran tambah tempat sembelihan ibadah korban
MAIK memberi kebenaran menambah tempat sembelihan ibadah korban di lokasi yang sesuai.
4. Benjy meninggal dunia di Medan
Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.
5. COVID-19: Peningkatan kes kerana saringan besar-besaran - TPM
Peningkatan jumlah kes COVID-19 adalah disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar dilakukan di kebanyakan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
6. Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka esok
Mana-mana pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 55 tahun ke bawah dan berhasrat membuat permohonan pengeluaran i-Citra boleh melakukannya mulai esok.
7. Euro 2020: Itali atau England, siapa bakal bergelar 'Raja Eropah'?
Sejak memenangi Piala Dunia 1966, England terpaksa menelan kepahitan tewas di peringkat separuh akhir dalam lima kejohanan utama selepas itu; Euro '68 dan '96, Piala Dunia 1990 dan 2018 dan UEFA Nations League 2019.
8. Enam sahabat rentas negeri untuk sambutan hari jadi, dikompaun RM5,000 seorang
Keghairahan enam sahabat merentas negeri dari Gemas, Negeri Sembilan ke Melaka bagi meraikan sambutan hari jadi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membawa padah apabila dikompaun pihak polis.
9. Vaksinasi lepasi kadar purata dunia, Malaysia di landasan tepat capai imuniti kelompok - TPM
Kemajuan kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, memberi gambaran negara berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
10. Lori terjunam dalam longkang, mayat pemandu ditemui
Pemandu lori yang hilang selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam 4.57 meter di Kilometer 137 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Perai, ditemui lemas pada Ahad.
Astro Awani
Sun Jul 11 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Julai 2021.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.

NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.