ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Julai 2021.
1. PM minta JKJAV nilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin
Kelonggaran SOP penerima dua dos suntikan vaksin yang akan dinilai semula termasuk dari segi pergerakan rakyat dan beberapa aktiviti sosial lain.
2. COVID-19: Lebih RM173.4 juta peruntukan bakul makanan setakat Julai - PM
Inisiatif yang sedang digerakkan itu dijangka memanfaatkan lebih 9.26 juta penerima dengan keseluruhan jumlah bakul makanan dianggarkan sebanyak 2.3 juta.
3. Tun Mahathir sanggup keluar Pejuang jika diberi peranan tangani COVID-19
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau juga sedia memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah berkaitan COVID-19.
4. Terlalu ramai ahli politik, tiada koordinasi punca krisis COVID-19 sukar ditangani - Tun M
Pengerusi Pejuang itu berkata tiada koordinasi dan pengalaman turut menyumbang ke arah peningkatan kes harian COVID-19 walaupun ketika darurat dan ‘total lockdown’.
5. Lokman Noor Adam bersalah hina mahkamah, dipenjara sebulan
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu didapati bersalah susulan tindakannya mengugut saksi dalam perbicaraan kes 1MDB yang membabitkan bekas perdana menteri.
6. Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa lagi dengan 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta
Pengerusi koperasi syarikat hartanah Datuk Mansor Musa sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta.
7. COVID-19: Malaysia boleh capai kurang 1,000 kes harian pada Oktober - Dr Noor Hisham
Kerajaan menyasarkan bilangan jangkitan harian COVID-19 akan turun ke bawah angka 1,000 kes menjelang Oktober ini.
8. COVID-19: Malaysia catat 13,215 kes baharu, hanya 4 peratus kategori 4 dan 5
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini melonjak kepada 13,215 kes, selepas dua hari berturut-turut melepasi angka 11,000.
9. Hanya 0.2 peratus petugas kesihatan terima vaksin penuh dijangkiti COVID-19 kategori 3, 4
Hanya 1.26 peratus atau 3,106 daripada 245,932 petugas kesihatan yang sudah menerima vaksinasi penuh dijangkiti COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
10. Jangkitan varian Delta hanya dalam 15 saat, punca utama lonjakan kes COVID-19
Jangkitan varian baharu COVID-19 termasuk varian Delta boleh merebak dengan cepat dalam masa hanya 15 saat melalui udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Astro Awani
Thu Jul 15 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Julai 2021.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.