MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Julai 2021.
Setakat ini, seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Jangan mudah terpedaya dengan gimik jualan murah di internet - MCMC
2. MCMC) ingin memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak terpedaya dengan sebarang gimik jualan murah yang terdapat di dalam Internet.
Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini.
Seorang ibu tunggal dua anak didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat atas cubaan membunuh dan mendedahkan bayi perempuannya kepada bahaya sehingga cedera.
Kementerian Kesihatan (KKM) bersama kementerian serta agensi lain diarah merangka pelan komprehensif dan inklusif bagi menangani isu berkaitan kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat mengesahkan kes harian dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 15,573 kes, menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 980,491 kes.
Sejumlah 39,164 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ahli keluarga disahkan positif COVID-19 dan dikuarantin sepanjang tempoh 18 Mac 2020 hingga 22 Julai 2021, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dalam kejadian di Wakaf Tapai, di sini pada Jumaat.
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menghadiahkan pingat emas Olimpik sepanjang kerjayanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami