ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Julai 2021.
1. Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti “letak jawatan” dan “derhaka” turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
2. Mesyuarat Khas Parlimen: Kluster tempat kerja catat jumlah kes COVID-19 tertinggi - Tengku Zafrul
Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi dengan lebih 735 kluster membabitkan hampir 60,000 kes direkodkan bagi tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas, kata Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
3. Mesyuarat Khas Parlimen: Lapan pakej rangsangan manfaatkan lebih 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua pakej rangsangan itu bernilai RM530 bilion, dengan satu tujuan iaitu memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
4. Mesyuarat Khas Parlimen: Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.
5. Mesyuarat Khas Parlimen: Batal Ordinan Darurat tanpa ikut prosedur ibarat 'pasar malam' - Anwar
Tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pembatalan itu sewajarnya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan diperkenankan sebelum diumumkan.
6. Guna helikopter ambil 'nasi ganja': Polis rakam keterangan 3 individu termasuk juruterbang, Datuk
Polis Perak mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan insiden helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini, untuk mengambil bungkusan nasi ganja pada Jumaat lepas.
7. Kapten Selangor FC, Brendan Gan sahkan hidapi kanser testis
Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan mengesahkan beliau menghidap kanser testis dan sedang menjalani fasa pemulihan.
8. COVID-19: 14,516 kes baharu, negara rekod jumlah kematian harian tertinggi
ngka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 14,516 kes dalam tempoh 24 jam lalu, penurunan hampir 3,000 kes berbanding angka tertinggi 17,045 kes semalam.
9. COVID-19: 1.8 peratus daripada 14,516 kes baharu di bawah kategori 3, 4 dan 5
Manakala 14,261 kes pula melibatkan pesakit daripada kategori 1 dan 2 yang bergejala ringan, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
10. Perolehan 16 dron berkuasa tinggi RM48 juta, ini penjelasan Bukit Aman
Kerajaan meluluskan cadangan perolehan 16 unit dron jenis Vertical Take-Off and Landing (VTOL) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah projek perolehan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan unjuran siling bernilai RM48 juta.
Astro Awani
Mon Jul 26 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Julai 2021.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.