MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Julai 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan mereka yang bergejala agar membuat pemeriksaan dan tidak menghadiri sesi mesyuarat tersebut.
Penasihat Undang-Undang UMNO bebas tuduhan pengubahan wang haram RM15 juta
2. Pihak pendakwaan menarik balik ketiga-ketiga pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam, selepas beliau bersetuju untuk kesemua kesnya dikompaun.
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, buat masa ini HPKK UKM mempunyai kapasiti sedia ada 80 katil kritikal dan ICU.
Situasi yang berlaku melibatkan pembatalan Ordinan Darurat sehingga menggamatkan suasana Mesyuarat Khas Parlimen adalah lebih kepada soal teknikal, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tular di media sosial pada Jumaat.
Kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewujudkan kerajaan campuran termasuk dalam kalangan parti Bumiputera dan parti bukan Islam yang menolak pendekatan ekstrem, menyebabkan ada pihak yang berasa tercabar.
Semua Ahli Parlimen UMNO mesti menjarakkan diri daripada terheret ke dalam “krisis antara kerajaan dengan istana”, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Angka jangkitan baharu COVID-19 sedikit menurun hari ini berbanding semalam apabila mencatatkan 16,840 dalam tempoh 24 jam lalu.
Pengajaran dan pembelajaran penuntut baharu program asasi dan diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos.
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami