MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Ogos 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Ogos 2021.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.
Jabatan Pesakit Luar Hospital Pulau Pinang ditutup akibat lonjakan pesakit COVID-19
2. Jabatan Pesakit Luar Hospital Pulau Pinang terpaksa ditutup untuk sementara waktu susulan peningkatan pesakit COVID-19 ke Jabatan Kecemasan dan Trauma serta kemasukan ke wad.
Permohonan bagi bantuan khas untuk individu yang terkesan dengan COVID-19 dilihat masih rendah berbanding jumlah kes baharu dan kematian yang dilaporkan meningkat setakat ini.
Terdapat beberapa pihak yang cuba menangguh di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki warga Nigeria selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin pada Mei 2019.
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong berjaya mara ke acara separuh akhir 10 meter (m) platform wanita individu di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.
Seorang lelaki yang dipercayai pelawak terkenal dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks di Kuala Pilah.
Kes kematian baharu melaporkan angka baharu tertinggi iaitu sebanyak 257 kes dengan jumlah kumulatif kini 9,855 kes.
UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri itu yang masih rendah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami