ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 September 2021.
1. Pencemaran di LRA Semenyih: Pemilik kilang berasaskan makanan didakwa
Seorang pemilik kilang berasaskan makanan telah didakwa disyaki menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas sebanyak dua kali.
2. Undi Percaya: Kenyataan Peguam Negara bercanggah titah Agong - Majlis Presiden PH
Kenyataan Peguam Negara berhubung isu undi percaya di Parlimen didakwa bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.
3. Kerajaan bakal umum harga siling baharu kit ujian RTK Antigen hujung tahun ini - Nanta
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagaimanapun pihaknya belum menentukan harga baharu untuk kit ujian itu.
4. Vaksin COVID-19: Remaja di Sarawak dijangka terima suntikan Rabu ini - Uggah
Kerajaan Sarawak sedang dalam proses akhir untuk melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun Rabu ini.
5. Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPM sesuai dengan pengalamannya - Hadi
Presiden Pas, Datuk Seri Adul Hadi Awang menganggap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersesuaian dengan pengalamannya dalam menangani pandemik COVID-19.
6. Varian Mu: Kajian terperinci mengenai keberkesanan vaksin - Pakar Kesihatan
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, varian tersebut juga kemungkinan boleh menyebabkan jangkitan atau komplikasi yang serius.
7. Kemasukan MRSM kekal untuk pelajar semua aliran - Mahdzir Khalid
Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tanpa mengira aliran sekolah selaras dengan konsep 'Keluarga Malaysia'.
8. COVID-19: 20,396 kes baharu, lonjakan kes di Sarawak
Malaysia merekodkan 20,396 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,844,835 kes.
9. PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok (Isnin, 6 September), sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
10. COVID-19: Lebih 60 peratus kes hari ini tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin - KP Kesihatan
Sebanyak 66.3 peratus atau 13,519 kes daripada jumlah keseluruhan 20,396 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini didapati tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin COVID-19.
Astro Awani
Sun Sep 05 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 September 2021.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.