ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 September 2021.

1. Melaka menang anugerah khas 'Jean Paul L'allier Prize for Heritage'

Datuk Zainal Abu berkata anugerah yang diberikan setiap dua tahun sekali itu dimenangi menerusi projek yang dilaksanakan.

2. Fasa 1 PPN: Kelonggaran SOP bagi sukan, riadah, rekreasi bermula hari ini

Antara kelonggaran itu ialah membenarkan aktiviti sukan tertutup atau 'indoor', kecuali gimnasium, kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi.

3. COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini

Hari ini, kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih daripada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa 2.

4. 'Hidup ibarat maraton!' - Selepas cipta sejarah melalui Ola Bola, kini On Your Mark janjikan magis

Mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan skrip, percaturan Keng Guan membuahkan hasil selepas filem ini menamatkan tayangan di China dengan kutipan sebanyak RM96 juta.

5. COVID-19 beri impak kesihatan mental - Dr Noor Hisham

Masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental akibat situasi pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

6. COVID-19: 21,176 kes baharu direkodkan hari ini, Sarawak kekal penyumbang tertinggi

Malaysia merekodkan 21,176 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,940,950.

7. Endemik: Rakyat perlu sedia dengan SOP, informasi kesihatan perlu telus - Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, semua pihak tidak seharusnya leka terhadap SOP walaupun kebanyakan mereka sudah diberikan suntikan penuh vaksin COVID-19.

8. Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang murah percutian ke Langkawi

Menjelang pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi pada Hari Malaysia (16 September) ini, anak syarikat Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), Malaysia Airlines, Firefly dan MHholidays menawarkan tambang rendah untuk tempahan yang dibuka sekarang sehingga 30 September depan untuk perjalanan dilakukan antara 16 Sept dan 31 Okt, 2021.

9. PM umum 7 tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan, wujud landskap politik baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tujuh tawaran bagi melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

10. Perikatan Nasional akan kembali! - Muhyiddin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Perikatan Nasional (PN) akan kembali mendapatkan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.