awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2021
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 September 2021.
1. COVID-19: KKM siap siaga kemungkinan kenaikan kes di Langkawi
Ia susulan pengumuman pulau tersebut sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September 2021.
2. KKMM jadi suara kerajaan, rasa denyutan nadi rakyat
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi jaminan akan menjadi suara kerajaan dan merasa denyutan nadi rakyat.
3. Pembukaan Parlimen 13 Sept, sidang pertama kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.
4. Tidak perlu surat polis bagi pelancong guna pesawat udara ke Langkawi - Khairy
Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu mendapatkan surat dari PDRM bagi program perintis perjalanan ke Pulau Langkawi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
5. Transformasi politik: Pembangkang diharap sambut usaha kerajaan henti berpolitik - Annuar
Persefahaman inklusif antara semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti demi memberikan prioriti utama rakyat adalah transformasi politik matang di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
6. Abdul Latif dijangka pulih dua bulan lagi
Jaguh lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) kebangsaan Abdul Latif Romly dijangka pulih daripada kecederaan dialaminya di Sukan Paralimpik Tokyo, baru-baru ini, dalam masa dua bulan lagi.
7. COVID-19: 19,198 kes baharu hari ini, Sarawak rekod 5,291 kes baharu
Sarawak merekodkan 5,291 jangkitan harian baharu COVID-19, tertinggi yang direkodkan di negeri itu sejak wabak itu melanda negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia sebahagian daripada 19,198 jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu.
8. Pengoperasian sekolah: Tak hadir tak apa, tapi perlu ada surat penjelasan - Radzi Jidin
Ibu bapa yang memutuskan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah apabila ia kembali dibuka 3 Oktober ini tidak akan dianggap telah melakukan kesalahan disiplin dan tiada surat amaran akan dikeluarkan.
9. Pembukaan semula sekolah 3 Okt, ini lima perkara yang anda perlu tahu
Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pada 3 Oktober.
10. MoU dimuktamadkan: Kerajaan dan PH tandatangani MoU di Parlimen esok
Setelah mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil-wakil pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan pada hari ini telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#COVID-19
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan