MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 September 2021.
Seorang individu memfailkan saman terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia bagi menuntut penjelasan bertulis berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkenaan tuntutan Pulau Batu Puteh.
Kerajaan sedia berbincang mengenai cadangan pemberian moratorium pinjaman tanpa faedah terakru kepada rakyat bagi memudahkan pembayaran hutang isi rumah.
Langkah 'mengurung' rakyat tidak lagi dilihat sesuai ketika ini, malah ia dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental, demikian kata perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Malaysia terus merekodkan penurunan angka jangkitan harian kes COVID-19 dengan 15,669 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya kepada 10 SOP berbanding 181 yang ada ketika ini.
"Jadi mesej saya kepada YB Nancy (Datuk Seri Nancy Shukri), buktikan yang (gelembung pelancongan) Langkawi selamat untuk dikunjungi" pesan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bank-bank di Malaysia berada dalam keadaan baik dengan penampan modal yang kukuh malah mencatat keuntungan pada tahun lepas.
Selebriti Shuib Sepahtu bersyukur kerana akhirnya dapat mengucup anak bongsunya, Ayash Affan.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.
Sebanyak enam transformasi telah dipersetujui antara kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah diterbitkan kepada umum di laman web Parlimen, hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami