MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 September 2021.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.
PICK Remaja: 85,076 divaksinasi, tiada kesan sampingan serius - Khairy
2. Sehingga 16 September lalu, seramai 85,076 remaja di Sarawak, Sabah dan Labuan sudah diberikan dos pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer BioNTech di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja).
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan mengadakan perbincangan bagi membenarkan rentas negeri dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara.
Pembentukan sesebuah kerajaan melalui cantuman antara parti terbesar dan parti-parti politik lain tidak boleh ditafsirkan sebagai melompat parti, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seorang pegawai pemasaran pengangkutan yang memandu kenderaan secara melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja terkorban di kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan, 12 Setember lalu didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Jumlah bagi kes harian baharu COVID-19 kekal mencatatkan trend penurunan apabila sebanyak 14,345 kes dilaporkan bagi tempoh 24 jam yang lalu berbanding 14,954 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya.
Fungsi jawatan Peguam Negara perlu disemak semula, sekali gus memastikan wujud pengasingan antara tugas-tugas 'penghakiman' dan pendakwa raya.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa cek berjumlah RM9.5 juta yang diterima Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 dan 2014, digunakan untuk membeli sebuah rumah banglo di Bukit Tunku.
Bukit Aman mengesahkan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah ditangkap pada 8 September lalu oleh pihak Imigresen Thailand.
Siasatan kes tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan perlu diambil alih Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta-merta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami