MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Oktober 2021.
Sehingga kini, UMNO masih belum memuktamadkan sebarang keputusan kerjasama dengan mana-mana parti politik untuk berdepan PRN Melaka pada November depan.
PICK: Lebih 1 juta remaja kini lengkap vaksin
2. Seramai 1,039,689 atau 33 peratus daripada populasi remaja dan 22,013,263 individu atau 94 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Selain mengikut ketetapan syarat menunaikan umrah, antara persediaan yang perlu dibuat bakal jemaah ialah, memahirkan diri dengan penggunaan telefon pintar, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.
Parti Warisan bersedia mempersiapkan jentera parti untuk bertanding di semua kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung pendedahan Pandora Papers sama ada bertujuan menutup mulutnya, atau sebaliknya.
Sabah hari ini memulakan pemberian dos penggalak kepada para petugas barisan hadapan, golongan warga emas dan golongan berisiko.
Hujan pasukan pendakwaan tentang pengeluaran dana RM17.9 juta dari akaun deposit tetap Yayasan Akal Budi (YAB) kononnya untuk membeli sebuah hotel di Bali, tidak pernah disebut dalam mana-mana 47 pertuduhan asal, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,516 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini kepada 2,407,382 kes.
Mahkamah Khas Mumbai hari ini menolak permohonan ikat jamin ke atas anak aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, yang ketika ini ditahan di Penjara Arthur Road atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Dalam kejadian jam 5.45 petang Rabu, seorang pemandu jengkaut terperangkap setelah air deras turun dari bukit berdekatan Pusat Rekreasi Batu Hampar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami