awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2021
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Oktober 2021.
1. BN dikompaun RM10,000 langgar SOP PRN
Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
2. Laporan Audit: Tidak patuh pengurusan kewangan, negara rugi lebih RM620 juta
Ketidakpatuhan kementerian dan jabatan Persekutuan terhadap pengurusan kewangan telah menyebabkan isu pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran kepada kerajaan berjumlah RM620.07 juta pada 2020.
3. Ahli Parlimen segak, anggun berbaju batik di Dewan Rakyat
Dewan Rakyat hari ini buat julung kalinya melakar sejarah apabila menyaksikan ahli-ahli Parlimen secara rasmi memakai baju batik setiap Khamis.
4. 47 kes ajaran sesat dilaporkan hingga September lalu - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, daripada jumlah berkenaan, 33 kes perbuatan ajaran salah itu dilaporkan sepanjang tahun lalu, manakala 14 kes lagi dari Januari hingga September tahun ini.
5. COVID-19: 6,377 kes baharu dalam tempoh 24 jam
Kes COVID-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 6,377 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jumlah itu juga menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik melanda negara ini sebanyak 2,454,749 kes.
6. Pelanggan Astro ada pilihan bayaran elak caj perkhidmatan - Annuar Musa
Para pelanggan dan pengguna Astro mempunyai alternatif untuk membayar bil tanpa dikenakan caj RM0.50 sen terhadap perkhidmatan, termasuk melalui platform secara dalam talian.
7. Akta Majlis Parlimen diperkasa, Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 akan dikembali - Rais Yatim
Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata, menerusi pemerkasaan akta tersebut, kadar bayaran denda yang lebih tinggi boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang tidak memberi kerjasama di bawah Parlimen.
8. Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan vaksin namun tiada respon daripada pihak berkenaan.
9. Penjualan kit ujian kendiri diperluas ke stesen minyak, jaminan harga bawah RM10 - KPDNHEP
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata inisiatif itu bagi memudahkan lagi pengguna mendapatkan kit ujian tersebut, selain menggalakkan persaingan sihat dalam pasaran.
10. PRN Melaka: UMNO terus persefahaman dengan Pas - Ahmad Maslan
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita Harian
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan