awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2021
15:56 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 November 2021.
1. PRN Sarawak: Bersatu tidak bertanding, beri laluan penuh kepada GPS - Muhyiddin
Bersatu memberi laluan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak untuk bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Disember ini.
2. PRN Sarawak: DAP 'pasang' guru tuisyen cabar Soon Koh di Bawang Assan?
Hari penamaan calon semakin hampir, namun DAP Sarawak masih belum memuktamadkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
3. Harga sayur di Kedah naik menjelang musim tengkujuh - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah mengesahkan kenaikan harga sayur-sayuran di negeri ini berlaku apabila menjelang musim tengkujuh.
4. PM dijangka rasmi pembukaan sempadan VTL darat Isnin ini
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan pembukaan sempadan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua, Isnin ini.
5. 5,097 kes baharu COVID-19 direkod hari ini
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 5,097 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari Sabtu. KP Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes yang direkodkan hari ini menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 5,501 kes.
6. Menteri arah harga tiket penerbangan domestik diturunkan segera
Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua syarikat penerbangan menurunkan harga tiket penerbangan domestik dengan segera, tanpa perlu campur tangan kerajaan Persekutuan.
7. Kes rogol meningkat di Kelantan
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, sejumlah 93 kes dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat tujuh kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
8. 'Kami pun terhimpit, harga sayur dan ayam dari pembekal mahal' - Peniaga
Isu kenaikan harga barangan telah membawa kepada rungutan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara, termasuk para peniaga.
9. Maszlee Malik sertai PKR, Anwar yakin parti bakal raih manfaat
Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara itu diumumkan beliau ketika menghadiri Program Jelajah Presiden Keadilan di Kampung Baru Machap.
10. Saringan bergilir: KPM bekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah
Kementerian Pendidikan telah membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaannya.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita Harian
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan