MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Disember 2021.
PMKS harus memanfaatkan inovasi, digitalisasi serta penggunaan teknologi untuk mendorong agenda pemulihan.
Perbicaraan SRC diteruskan dalam talian atau waran tangkap untuk Najib akan dikeluarkan - Mahkamah
2. Perbicaraan kes rayuan SRC International akan diteruskan pada 12.30 tengah hari secara dalam talian atau waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta-merta, kata Mahkamah Rayuan hari ini.
Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, pada tahun 2019.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rangka kerja yang dilancarkan hari ini juga menjelaskan keutamaan dasar luar Malaysia kepada dunia susulan pasca pandemik COVID-19.
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 dalam negara hari ini direkodkan sebanyak 4,965 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bersalah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan esok.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata individu terbabit adalah daripada 10 syarikat penerima geran berkenaan yang disiasat SPRM sebelum ini.
Memorandum persefahaman (MoU) Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) antara Malaysia dan Indonesia dijangka dapat dimeterai seawal Januari 2022, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Pengembara dari luar negara bagi kategori Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara dan darat, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan One Stop Centre (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek, perlu menjalani ujian COVID-19 selama enam hari selepas tiba di Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami