ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Disember 2021.
1. Pegawai Bomba terbabit letupan kebakaran kilang, Mohd Firdaus meninggal dunia
Seorang pegawai bomba yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu, di Segamat pada Sabtu, disahkan meninggal dunia.
2. Tak perlu segerakan PRU-15 kerana varian baharu COVID-19 Omicron - Khairy
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu disegerakan kerana kemunculan varian baharu COVID-19 Omicron yang masih tidak diketahui ancamannya.
3. PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Keanggotaan tiga ahli parti Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) ini atas tiket Bebas telah gugur secara automatik, kata Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.
4. 500 syarikat disyaki tipu bida libatkan tender kerajaan berjumlah RM2 bilion - MyCC
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat lebih 500 buah syarikat yang disyaki membuat tipuan bidaan melibatkan tender kerajaan berjumlah lebih RM2 bilion.
5. M. Nasir positif COVID-19, keadaan stabil
Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sejak Ahad.
6. Jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada 3,504 kes hari ini
Malaysia mencatatkan 3,504 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,695,143 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
7. Letupan kilang Segamat: Anggota ERT meninggal dunia
Anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang, Mohamad Azuraini Mahrani yang dipercayai cedera parah semasa operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat pada Ahad, meninggal dunia, hari ini.
8. Perbicaraan kes babit dana 1MDB ditangguh, MySejahtera klasifikasi Najib sebagai "PUS"
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh ke esok setelah MySejahtera mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS).
9. Bas ekspres hilang kawalan langgar 10 kenderaan lain
Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 139.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan, dekat Perai, pada Isnin.
10. Isu 'chopstick': Kenyataan Tun Mahathir disalah tafsir - Pejuang
Kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penggunaan chopstick telah disalah tafsir sesetengah pihak dan digunakan sebagai bahan politik.