MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Disember 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Disember 2021.
22,875 mangsa banjir daripada 5,156 keluarga ditempatkan di 125 PPS di lapan daerah di Selangor.
PNB umum dividen ASB 4.25 sen, bonus 0.75 sen
2. PNB mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan ASB 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Semua Ketua Polis Daerah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana diarahkan untuk mengambil laporan mangsa secara manual di PPS.
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan suara wanita dalam rakaman audio ‘Can I advise you something?' adalah suaranya.
Soal siapa yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bukan isu penting, sebaliknya usaha mengatasi masalah dan memenuhi keperluan mangsa banjir perlu diutamakan.
Pelakon Intan Ladyana dan suami, Harris Alif dilaporkan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas mereka disahkan positif COVID-19.
Seorang pemandu lori berdepan hukuman penjara 30 tahun selepas didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 22 tahun, Mei lalu.
Wajahnya tidak langsung kelihatan sugul. Sebaik berbicara, tutur katanya sungguh bersemangat, sesekali disulami gelak tawa juga.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan yang menjalankan khidmat bagi melancarkan operasi bantuan kepada mangsa banjir.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak Twitter berhubung beberapa tanda pagar yang jelik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami