ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Januari 2022.
1. [LAPOR LANGSUNG] Amaran hujan berterusan di lapan negeri hari ini
Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kategori bahaya, buruk dan waspada, susulan hujan lebat dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sabah.
2. COVID-19: Umrah ditangguh, 1,306 jemaah dikesan positif - Khairy
Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.
3. Bantuan Keluarga Malaysia: Pendaftaran baharu, kemas kini dibuka hari ini
Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka selama sebulan mulai hari ini (1 Jan) hingga 31 Jan 2022.
4. 'Apek' sah jaga gawang Sabah FC musim ini
Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
5. Pascabanjir: Kerajaan akan buat kajian terperinci selesaikan isu banjir - PM
Kerajaan akan membuat kajian terperinci dalam menyelesaikan isu banjir di beberapa negeri yang terjejas teruk sejak Disember tahun lalu.
6. Tiada lanjutan diskaun saman 80 peratus - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh tawaran pembayaran saman sehingga 80 peratus yang berakhir semalam.
7. Melaka yakin dengan persediaan banjir gelombang kedua, pertimbang wang ihsan - Ketua Menteri
Kerajaan negeri Melaka memberi jaminan tidak akan berdepan sebarang masalah dalam menghadapi gelombang kedua bencana banjir ketika ini.
8. Tiga agensi pelancongan bantah penangguhan umrah
Tiga agensi pelancongan tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangguhkan perjalanan umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini.
9. 17 daerah di enam negeri terjejas banjir - NADMA
Sebanyak 17 daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah masih terjejas banjir dengan 4,635 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
10. 50 korban banjir, dua lagi masih hilang - KPN
Seramai 50 korban banjir telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala dua lagi masih belum ditemui.