ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Januari 2022.
1. [LAPOR LANGSUNG] Tiga air pasang besar diramal berlaku sehingga Februari
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ir Azmi Ibrahim berkata ia bermula pada 2 hingga 5 Jan, diikuti 18 hingga 21 Jan dan 31 Jan hingga 3 Feb.
2. Pemimpin harus buang sikap 'bodoh sombong' jika tidak mahu disingkir rakyat - Zaharom Nain
Sikap tidak boleh menerima kritikan, angkuh dan bodoh sombong harus dikikis dalam diri mana-mana pemimpin.
3. Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor akan melantik Timbalan Perdana Menteri yang baharu sebagai sebahagian rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
4. COVID-19: 2,842 kes baharu, 28 lagi kematian
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,769,886.
5. Henti bungkus nasi guna paku, dawai kokot - Dr Noor Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini adalah kerana bahan-bahan tersebut boleh mendatangkan kecederaan serius kepada pengguna sekiranya tertelan atau termasuk dalam makanan.
6. Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikenal pasti wartawan akhbar Sin Chew Daily, Ng Eng Boon, 44, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di dalam kereta miliknya yang diletakkan di depan pasar raya terbabit.
7. Rayuan Azmin batal saman pengundi Gombak ditetap untuk pengurusan kes pada 10 Jan
Rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu, ditetapkan untuk pengurusan kes pada Isnin ini.
8. Kartel harga: Lima syarikat berkaitan Ro-Ro Langkawi didenda RM2.2 juta
Tiga pengendali Ro-Ro utama di Langkawi bersama dua perusahaan berkaitan didenda RM2.2 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana membentuk kartel penetapan harga.
9. Kerajaan tanggung kos kuarantin jemaah umrah - Abdul Latiff
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.
10. Agihan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir selesai hujung minggu ini - PM
Pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir dijangka selesai sepenuhnya hujung minggu ini.