ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Januari 2022.

1. 14 pendatang menyusup masuk negara secara haram ditahan di Tawau 

Empat belas pendatang asing tanpa izin yang menyusup masuk negara ini melalui perairan Tawau ditahan pasukan QRF di bawah pemerintahan ATB2 di Kampung Hidayat di sini pada Rabu. 

2. Kontraktor tidak mengaku bersalah rasuah penjawat awam RM14,000

Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memberi suapan berjumlah RM14,000 kepada penjawat awam, tiga tahun lalu.

3. Kajian IPSOS: 82 peratus rakyat Malaysia optimis 2022 tahun lebih baik

Kajian dijalankan firma penyelidikan pasaran Ipsos mendapati 82 peratus rakyat Malaysia optimis tahun ini akan menjadi lebih baik berbanding 2021 dan akan menyaksikan lebih banyak langkah pemulihan diambil.

4. Tun Mahathir dibenar keluar IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada pukul 3.45 petang hari ini.

5. Suami isteri penjawat awam 'kantoi' guna aplikasi MySejahtera palsu

Gara-gara tidak mahu terkecuali daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu.

6. Remaja cuba curi tabung masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000

Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.

7."Terima kasih untuk semua ucapan, kasih sayang kepada mendiang" - Sonuljit Singh

Dua minggu memasuki tahun baharu, arena bola sepak tanah air menerima khabar duka.

8. Sudah tiba waktunya laksana reformasi struktur SPRM - C4

Sudah tiba waktunya kerajaan melakukan reformasi terhadap struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

9. "Saya paranoid, jadi tak bawa anak-anak ke mana-mana ..." - Jamal Abdillah

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah akui seronok melayan kerenah dua anak kecilnya Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani yang kini berusia setahun di rumah.

10. Dua lemas, dua hilang dalam kejadian bot karam

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bot berkenaan dilaporkan dinaiki empat individu dan setakat ini dua lagi mangsa masih gagal ditemui.