MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Januari 2022.
Amaran hujan lebat berterusan (buruk) dijangka berlaku di Sarawak melibatkan lapan kawasan termasuk Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.
Saham Azam Baki: Fokus isu perisytiharan harta, perlu cuti rehat - JKMR
2. Tan Sri Rais Yatim menegaskan, terdapat beberapa persoalan berkenaan pemilikan saham oleh Azam yang masih belum terjawab.
Pakar Penyakit Berjangkit Malaysia Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berjaya menempa nama dalam Majalah Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia.
Lalitha Kunaratnam disifatkan tidak memenuhi kriteria sebagai “whistleblower”, susulan maklumat yang dikongsikan oleh aktivis itu dilihat sebagai maklumat awam serta boleh diakses orang ramai.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2021-2023.
Menurut perkongsian terbaharu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 2,802,263 kes.
Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Badminton Kawasaki, Jalan Pokok Assam, Taman Raja Idris, dekat sini, malam tadi.
Seramai 23 individu termasuk 12 remaja bawah umur dan empat wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian, Jumaat lepas.
Polis menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang pada Khamis. Wakil rakyat berusia 54 tahun itu ditahan selepas ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati positif dadah.
Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada sekitar 4.45 petang Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami