ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Januari 2022.
1. Isu Azam Baki: Maria Chin, Fahmi hadir beri keterangan
Maria Chin Abdullah dilihat tiba pada jam 9.21 pagi dan disusuli Fahmi Fadzil pada jam 9.41 pagi.
2. Pembubaran DUN ikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - MB Johor
Tidak timbul soal pembaziran kerana peruntukan untuk mengadakan pilihan raya ada termaktub dalam perlembagaan negeri itu.
3. Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual
Azizul mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan.
4. Agong dibenarkan keluar IJN hari ini
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
5. Najib perlu kemuka permohonan selewatnya 20 Mei untuk diwakili Peguam Diraja UK
Mahkamah Persekutuan memberi tempoh sehingga 20 Mei untuk Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonannya melantik Peguam Diraja (QC) bagi rayuannya dalam kes RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
6. Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Saya ditanya empat soalan' - Wan Azizah
Ujarnya, beliau diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi satu mesej oleh pegawai polis bertugas.
7. Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah
Seorang suri rumah yang juga bekas calon Bebas Pilhan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah banglo di Rasah Kemayan, Seremban 2, Ahad lalu.
8. Harga tarif elektrik kekal bagi pengguna domestik di Semenanjung - Suruhanjaya Tenaga
Harga tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia bermula 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2024 akan dikekalkan di bawah mekanisme Incentive-Based Regulation (BRI).
9. Tragedi kenduri kahwin: Ibu dan tiga anak maut, kereta bertembung di persimpangan lampu isyarat
Empat sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Kampung Lebu di susur ke Lebuhraya Central Spine Road (CSR) Bentong tengah hari Jumaat.
10. Vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus di semua PPV mulai Sabtu
Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak COVID-19 secara jumpa terus kepada golongan berusia 18 tahun ke atas, di semua pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai Sabtu.